Pendaftaran bermula, ini 12 syarat wanita Arab Saudi nak pikul senjata

Agensi
Februari 27, 2018 18:24 MYT
Kerajaan Arab Saudi menggariskan 12 syarat kelayakan sekiranya wanita di negara itu ingin menjadi seorang tentera. -Foto Reuters
Buat kali pertama kerajaan Arab Saudi membuka pendaftaran ketenteraan kepada wanita di negara tersebut sehingga Khamis ini.
Negara yang terkenal dengan undang-undang ketat terhadap wanita turut menggariskan 12 syarat layak bagi wanita yang berminat untuk menjadi seorang tentera, lapor Saudi Gazette.
1. Pemohon mesti berasal dari Arab Saudi.
2. Pemohon dibesarkan di Arab Saudi melainkan bapanya menetap di luar negara atas urusan kerajaan.
3. Pemohon mesti berumur di antara 25 sehingga 35 tahun.
4. Pemohon mesti berketinggian 155 sentimeter dengan berat badan yang ideal.
5. Pemohon sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan diploma.
6. Pemohon mesti lulus pemeriksaan mandatori kesihatan.
7. Pemohon wajib hadir sesi temuduga bagi memastikan berkelakuan baik.
8. Pemohon yang berkahwin dengan rakyat Saudi sahaja.
9. Pemohon tidak ada rekod jenayah sama ada pernah bekerja dengan kerajaan atau institusi ketenteraan.
10. Pemohon perlu ada kad pengenalan bebas rakyat Saudi.
11. Pemohon perlu tinggal di tempat sama mereka bekerja.
12. Ibu bapa atau penjaga pemohon juga tinggal di tempat yang sama mereka bekerja.
Menurut Kementerian Keselamatan Awam Arab Saudi, bagi calon yang berjaya akan ditempatkan di institusi ketenteraan di Riyadh, Madinah, Qaseem, Aseer, Al-Baha dan wilayah timur.
Baru-baru ini, Dr Tamader Yousef Al-Rammah menjadi wanita pertama dalam sejarah pentadbiran Arab Saudi apabila dilantik menjadi Timbalan Menteri Buruh.
Pada awal tahun ini sahaja kerajaan Saudi telah membenarkan wanita di negara itu untuk memandu dan tidak perlu lagi memakai abaya (jubah) selain kebenaran berniaga tanpa keizinan mahram.
BACA: Wanita Arab Saudi kini boleh memandu trak, menunggang motosikal
BACA: Tak perlu pakai 'abaya' untuk gambarkan keislaman - ulama kanan Arab Saudi
BACA: Wanita Arab Saudi kini dibenar berniaga tanpa kebenaran mahram
#12 syarat layak #Al-Baha #Arab Saudi #Aseer #Kementerian Keselamatan Awam Arab Saudi #Madinah #Qaseem #Riyadh #tentera #wanita saudi #wilayah timur
;