Pencuri hebat, curi 120 TV dalam tempoh empat bulan..
Agensi
November 30, 2017 05:51 MYT
November 30, 2017 05:51 MYT
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
Seorang lelaki di Bengaluru, India, Vasudev Nanaiah, 34 tahun ditahan kerana mencuri 120 set televisyen dalam tempoh empat bulan di beberapa hotel bajet di sana.
Seorang pegawai polis memberitahu BBC Hindi, kelakuan Vasudev yang sopan menyebabkan pekerja di hotel-hotel sasarannya tidak mengesyaki kelicikannya.
Menurut polis lagi, dia seringkali membawa bersama beg pakaian yang besar setiap kali menginap di hotel-hotel sasarannya.
Vasudev pernah ditangkap pada Oktober lalu namun dibebaskan dengan ikat jamin dan didakwa kembali mencuri setelah beberapa hari dibebaskan.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Bangalore, Chetan Singh Rathor berkata, Vasudev biasanya akan mendapatkan ukuran size televisyen yang terdapat dalam bilik yang ditempahnya sebelum membeli beg pakaian yang baharu.
Perbuatan liciknya ini berakhir apabila salah seorang pelanggannya melaporkan kepada pihak polis.
#Bangalore
#bbc
#Chetan Singh Rathor
#curi
#hotel bajet
#ikat jamin
#India
#jenayah
#Pencuri licik
#Pencuri TV
#selatan India
#televisyen
#TV Hotel
#Vasudev Nanaiah