Penculikan di laut: Indonesia seru kerjasama rondaan maritim serantau
Agensi
April 19, 2016 19:09 MYT
April 19, 2016 19:09 MYT
Indonesia menyeru gabungan rondaan maritim bersama Filipina dan Malaysiea selepas insiden penculikan di laut berdekatan selatan Filipina oleh suspek militan, ujar seorang jurucakap tentera negara itu pada Selasa.
Kira-kira 14 warga Indonesia dan empat warga Malaysia telah diculik dalam minggu kebelakangan ini oleh kumpulan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan rangkaian militan Abu Sayyaf.
“Kami sedang menjalin kerjasama dalam rondaan berkoordinasi antara Malaysia, Indonesia dan Filipina.
“Jika berlaku gangguan atau ancaman keselamatan, ia bioleh ditangani di kawasan yang diawasi ketiga-tiga pihak,” ujar jurucakap tentera Indonesia, Tatang Sulaiman, kepada Reuters.
Abu Sayyaf, yang dikenali dengan muslihat penculikan, tindakan memenggal kepala, pengeboman dan mengugut wang tebusan, merupakan salah satu daripada kumpulan militan di selatan Filipina.
Kumpulan itu turut menawan warga asing, termasuk dua rakyat Kanada dan masing-masing seorang dari Belanda, Jepun serta Norway.
Tentera Filipina berkata, militan kumpulan militan itu selama ini menyasarkan anak kapal asing yang berada dalam bot tunda yang bergerak perlahan, kerana militan itu tidak dapat menembusi kawasan resort dan bandar pesisiran pantai di Sabah berikutan kawalan keselamatan yang dipertingkatkan.
#Abu Sayyaf
#kerjasama serantau
#militan
#nelayan diculik
#penculikan
#rondaan maritim
#selatan Filipina
#warga Indonesia diculik
#warga Malaysia diculik