Pencipta 'Yu-Gi-Oh' ditemui maut
Agensi
Julai 7, 2022 16:04 MYT
Julai 7, 2022 16:04 MYT
KAZUKI TAKAHASHI, pencipta siri manga popular Yu-Gi-Oh ditemui maut di perairan berhampiran Nago, Okinawa pada pagi Rabu.
Memetik pihak berkuasa, agensi berita rasmi NHK pada Khamis melaporkan bahawa Takahashi, 60, ditemui terapung dan memakai peralatan selam snorkel.
Menurut NHK, pegawai-pegawai pengawal pantai mengesahkan identiti mayat berkenaan pada Khamis.
Pihak pengawal pantai masih menyiasat punca kematian.
Takahashi terkenal dengan ciptaan bersiri pertama beliau, Yu-Gi-Oh yang dilancarkan pada 1996 dan bersiaran sehingga 2004.