Pencarian Kapal Selam: Peronda Pantai AS temukan serpihan berhampiran Titanic

Astro Awani
Jun 22, 2023 01:04 MYT
Peronda Pantai Amerika Syarikat (US Coast Guard) menemukan serpihan berhampiran Titanic dalam kawasan pencarian kapal selam yang hilang dengan lima orang di dalamnya. - Gambar fail
Peronda Pantai Amerika Syarikat (US Coast Guard) menemukan serpihan berhampiran Titanic dalam kawasan pencarian kapal selam yang hilang dengan lima orang di dalamnya.
Menurut peronda pantai, para pakar sedang menilai maklumat terbaharu itu.
Bagaimanapun, mereka tidak dapat mengesahkan serpihan itu ada kaitan dengan kapal selam yang hilang.
Peronda Pantai Amerika Syarikat mengatakan mereka merancang untuk mengadakan sesi taklimat media dalam waktu terdekat susulan penemuan itu.
Penemuan terbaharu ini timbul pada saat pencarian kapal selam yang sudah memasuki fasa kritikal.
"Hari ini akan menjadi hari yang kritikal dalam misi pencarian dan penyelamatan kerana bekalan sokongan oksigen kapal selam semakin terhad," kata Guillermo Sohnlein, pengasas bersama OceanGate, syarikat yang mengendalikan ekspedisi tersebut, dalam satu kenyataan pada hari Khamis.
Kapal selam, yang dikenali sebagai Titan, memulakan penurunannya pada hari Ahad untuk meneroka Titanic dengan bekalan sokongan oksigen selama kira-kira 96 jam.
Dengan tahap oksigen yang semakin berkurangan, pencarian kapal selam ini diperhebatkan.
#kapal selam Titan #Titanic #Serpihan #kapal selam
;