Pencari suaka meningkat di Jerman

Bernama
Disember 18, 2023 21:03 MYT
Kira-kira 482,300 orang menerima faedah di bawah Akta Faedah Pencari Suaka pada akhir 2022, iaitu 21 peratus atau sekitar 84,000 orang pada tahun sebelumnya. - Gambar fail
FRANKFURT: Jumlah warga asing yang menerima faedah sebagai pencari suaka di Jerman meningkat dengan ketara tahun lepas, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kira-kira 482,300 orang menerima faedah di bawah Akta Faedah Pencari Suaka pada akhir 2022, iaitu 21 peratus atau sekitar 84,000 orang pada tahun sebelumnya, menurut data Pejabat Perangkaan Persekutuan (Destatis) yang dikeluarkan pada Isnin.
Antara punca peningkatan termasuk pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada penghujung 2022, kira-kira 40,000 pencari suaka adalah warga Ukraine, menyumbang kira-kira lapan peratus daripada jumlah keseluruhan.
Majoriti mereka yang berhak mendapat manfaat adalah dari Asia (52 peratus), Eropah (29 peratus) dan Afrika (16 peratus) termasuk Syria (13 peratus), Afghanistan (12 peratus) dan Iraq (11 peratus).
Majoriti kumpulan ini merangkumi 63 peratus lelaki, 37 peratus wanita dan kira-kira 31 peratus adalah kanak-kanak di bawah umur.
Selain faedah asas, pencari suaka juga boleh menerima faedah istimewa sekiranya menghidap penyakit atau kehamilan.
Pada penghujung 2022, seramai 289,900 orang berhak mendapat manfaat itu.
-- BERNAMA
#Pencari Suaka #Jerman #pelarian #Ukraine #faedah istimewa
;