Pencari emas amatur jumpa ketulan emas 5.5kg
Astro Awani
Januari 21, 2013 14:00 MYT
Januari 21, 2013 14:00 MYT
Seorang pencari emas amatur di Australia telah menemui seketul emas besar yang dianggarkan bernilai AS$315,000 (RM 949,000).
Penemuan itu dianggap antara yang paling unik dan dijangka dijual melebihi harga emas sebenar pasaran.
Ketulan emas seberat 5.5 kilogram itu ditemui di Ballarat Victoria mengunakan alat pengimbas logam.
Namun lokasi sebenar ketulan emas itu ditemui tidak didedahkan.
Pemilik kedai pertukaran hasil lombong berkata, emas itu merupakan yang paling signifikan dalam 20 tahun perniagaannya.