Penasihat kanan tentera Iran maut dalam pertempuran di Syria

Astro Awani
November 29, 2024 08:45 MYT
Sardar Porhashmi, yang juga komander Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), maut di tangan pengganas Takfiri Zionis. - Foto X/IRNA
ALEPPO: Seorang penasihat kanan ketenteraan Iran dilaporkan terbunuh di Aleppo, Syria.
Menurut agensi berita Republik Islam (IRNA), mangsa, Sardar Porhashmi, yang juga komander Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) itu maut di tangan pengganas Takfiri Zionis.
Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut mengenai insiden.
Media turut melaporkan serangan dilakukan kumpulan bersenjata Hay'et Tahrir Al-Sham (HTS) dan sekutunya di bawah pimpinan kerajaan Presiden Syria Bashar Al-Assad.
Insiden itu meragut puluhan nyawa dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Iran, sekutu rapat Al-Assad dalam konflik lebih sedekad di Syria, menganggap HTS sebagai “organisasi pengganas” yang bersekutu dengan Israel.
#Sardar Porhashmi #IRGC #Takfiri Zionis #Bashar al-Assad
;