Penarik kenderaan bingung, dibacakan surah Yasin ketika mahu tarik motosikal
Sinar Harian
Januari 15, 2025 09:10 MYT
Januari 15, 2025 09:10 MYT
JAKARTA: Seorang penarik kenderaan berhadapan situasi luar daripada kebiasaan apabila dia dibacakan surah Yasin ketika mahu menarik sebuah motosikal yang tertunggak bayaran ansuransnya.
Media tempatan melaporkan bahawa kejadian itu berlaku di kawasan Pondok Indah, Jakarta Selatan baru-baru ini.
Menerusi klip yang tular, pemilik motosikal itu dilihat membaca potongan surah Yasin, selain berdoa supaya motosikalnya tidak ditarik.
"Motosikal ditarik marah-marah (tidak), motosikal ditarik berdoa supaya tidak ditarik," demikian menurut keterangan hantaran video berkenaan.
Dalam pada itu, klip yang tular itu turut menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya, malah ada yang rasa terhibur dengan kejadian berkenaan.
"Jarang sekali berlaku, penarik motosikal berhadapan dengan penghutang yang bertindak 'baik'," menurut seorang warga maya. - Sinar Harian memetik agensi