Penampilan Meghan Markle curi perhatian
Agensi
September 25, 2019 19:32 MYT
September 25, 2019 19:32 MYT
Penampilan Duchess of Sussex, Meghan Markle memakai selendang ketika menziarahi masjid tertua di Afrika Selatan, Auwul, di Bo-Kaap pada hari kedua lawatan diraja mendapat pujian ramai.
Ia sekali gus membangkitkan kenangan terhadap ibu suaminya, mendiang Puteri Diana yang juga memakai selendang semasa melawat Masjid Badshahi di Lahore, Pakistan pada tahun 1991.
Bukan itu sahaja, Puteri Diana turut mengenakan selendang ketika berada di Masjid al-Azhar di Kaherah, Mesir setahun kemudian.
Agama Islam mula diperkenalkan di Afrika Selatan oleh pemimpin Islam yang hidup dalam buangan dan hamba abdi pada penghujung tahun 1600-1700-an.
#Afrika Selatan
#Auwul
#Bo-Kaap
#Duchess of Sussex
#Kaherah
#Masjid al-Azhar
#Masjid Badshahi
#Meghan Markle
#Puteri Diana