Penampakan wajah 'manusia' di kepulan asap Gunung Agung
Astro Awani
Disember 1, 2017 13:16 MYT
Disember 1, 2017 13:16 MYT
MANUSIA Raksasa!
Demikian merupakan topik yang hangat diperbincangkan dalam satu forum di laman web KASKUS, Indonesia apabila ada gambar abu letusan Gunung Agung pada 26 November lalu yang dirakam menerupai wajah manusia.
Dari video yang diambil dari Ketua Data dan Infrmasi Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho @Sutopo_BNPB, terdapat fenomena volcano yang membuat netizen membuat spekulasi mengenai imej tersebut.
Sutopo turut memaklumkan bahawa beliau juga pernah melihat kepulan asap mirip wajah atau seseorang ketika letusan Gunung Merapi 2010.
Beliau juga dalam status di akaun twitter itu turut mempersoalkan adakah ia satu kebetulan.
Forum itu bertambah 'hangat' apabila terdapat pengikut (follower) Sutopo yang membalas twitnya dengan penjelasan bahawa wajah yang dilihat pada kepulan asap tersebut adalah gejala pareidolia.
Ini kerana kata seorang pemilik twitter @Agus_Mahendra bahawa otak manusia 'menggambarkan' sesuatu yang mirip dengan sususan wajah manusia.
Pareidolia adalah kecenderungan melihat wajah di tempat-tempat yang tidak biasa. Fenomena para psikologi ini sering sekali dialami oleh banyak orang. Mungkin, Anda tak terkecuali.
Selain itu, Sutopo turut memuat naik status di Twitter dengan mengatakan bahawa asap atau abu kemerahan yang dilihat selepas letusan Gunung Agung itu bukan api mahupun lava.
Sebaliknya warna merah itu merupakan efek sinar matahari yang menembusi abu letusan.