Pemulihan al-Quran berusia 500 tahun hampir selesai
Bernama
April 10, 2023 06:15 MYT
April 10, 2023 06:15 MYT
TAIPEI: Pemulihan al-Quran tulisan tangan berusia 500 tahun yang rosak teruk ditelan masa, berkemungkinan akan selesai pada akhir April, menurut Perpustakaan Negara Taiwan.
Hanya kulit buku dan penjilidan buku yang masih tinggal untuk dibaiki, kata Hsu Mei-wen, pakar dalam pemulihan teks kuno dan kaligrafi.
Semua kerja pemulihan al-Quran sepatutnya selesai pada akhir April, katanya kepada CNA.
Teks al-Quran, ditulis tangan oleh empat orang yang berbeza, menggunakan dakwat yang berbeza, dan disiapkan sekitar abad ke-15 atau ke-16, menurut Hsu.
--BERNAMA-CNA