Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN bermula di Laos

Bernama
Januari 29, 2024 13:29 MYT
Pemukiman Menteri-menteri Luar ASEAN (AMM) membuka tirainya di bandar Luang Prabang, Laos, pada Isnin. -Bernama
VIENTIANE: Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) membuka tirainya di bandar Luang Prabang, Laos, pada Isnin.
Menurut Agensi Berita Vietnam (VNA), para menteri akan meneliti keutamaan kumpulan itu untuk tahun ini di bawah tema "ASEAN: Enhancing Connectivity and Resilience" dan menyemak hasil yang diperoleh pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 dan lain-lain.
Selain itu, pemukiman berkenaan turut akan menyentuh isu-isu berkaitan pembinaan Komuniti ASEAN, hubungan luar negeri serta situasi serantau dan antarabangsa.
Sesi itu akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Laos Saleumxay Kommasith.
Delegasi Malaysia akan diketuai oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
-- BERNAMA
#Pemukiman Menteri-menteri Luar ASEAN #AMM #Luang Prabang Laos #Sidang Kemuncak ASEAN #Mohamad Hasan
;