Pemuda selamba tikam wanita 80 tahun

Agensi
Mei 11, 2016 19:57 MYT
Suspek kemudiannya ditembak oleh seorang timbalan syerif yang kebetulan berada di lokasi kejadian. - Gambar fail
Dua individu terbunuh manakala empat yang lain cedera dalam satu kejadian serangan secara rambang di Taunton, Massachusetts Amerika Syarikat.
Suspek seorang pemuda dikenali sebagai Arthur DaRosa, 28, bertindak menikam beberapa individu secara rambang di dua lokasi berlainan sebelum ditembak oleh seorang anggota polis.
Serangan pertama menyaksikan suspek melanggar sebuah kenderaan di kawasan perumahan, kemudiannya menceroboh sebuah rumah dan menikam seorang warga emas berusia 80 tahun dan seorang wanita.
Warga emas terbabit maut semasa menerima rawatan di hospital sementara mangsa kedua berada dalam keadaan kritikal.
Selepas serangan tersebut, DaRosa kemudiannya menuju ke sebuah pasaraya Silver City Galleria dan merempuh sebuah lagi kenderaan di sana.
Beliau memasuki beberapa buah kedai lantas bertindak menikam enam individu, termasuk seorang lelaki berusia 56 tahun.
Suspek kemudiannya ditembak oleh seorang timbalan syerif yang kebetulan berada di lokasi kejadian.
Motif serangan ini masih lagi disiasat pihak berkuasa dan polis mengesahkan tidak menemui sebarang bukti yang mengaitkan kejadian ini dengan keganasan.
#Arthur DaRosa #bunuh #tikam
;