Pemuda Palestin mati ditembak tentera Israel di Jenin
Bernama
Januari 18, 2018 19:37 MYT
Januari 18, 2018 19:37 MYT
Seorang pemuda Palestin ditembak mati pada awal Khamis oleh pasukan tentera Israel di kawasan Wad Burqin di barat Jenin yang terletak di bahagian utara Tebing Barat, lapor agensi berita Jordan (Petra) memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin.
Menurut kenyataan itu, tentera rejim Israel telah menceroboh masuk ke dalam rumah Ahmed Nasr Jarar sebelum menembak mati pemuda berusia 22 tahun itu.
Kenyataan itu menyebut mangsa telah menggunakan senjata automatik untuk menentang tentera Israel.
Media Israel pula melaporkan bahawa pemuda Palestin itu terlibat dalam pembunuhan seorang rabbi berhampiran Nablus minggu lepas.
-- BERNAMA
#Ahmed Nasr Jarar
#ceroboh masuk
#Israel
#Jenin
#mati
#Nabus
#Palestin
#Pembunuhan
#pemuda
#rabbi
#rumah
#tembak
#tentera