Pemuda bunuh diri selepas mengetahui siapa bakal isteri ...

Astro Awani
Disember 27, 2018 18:47 MYT
Pihak polis menunjukkan lokasi KL membunuh diri. - Foto Sinar Harian
Hari istimewa bertukar menjadi tragedi!
Seorang pemuda mengambil keputusan untuk membunuh diri akibat terlalu kecewa setelah berjumpa buat kali pertama dengan bakal isterinya.
Kejadian berlaku di Kecamatan Kayan Hilir di Kalimantan Barat pada Isnin lalu, semasa majlis merisik di kediaman wanita terbabit.
Lelaki berkenaan, yang didedahkan namanya sebagai KL oleh pihak polis tempatan, dilaporkan telah berkunjung ke kediaman wanita berkenaan untuk majlis merisik.
KL dan wanita itu tidak pernah bertemu dan dilaporkan menjalin hubungan melalui telefon. Mereka juga tidak pernah melihat penampilan dan fizikal masing-masing.
Namun, setibanya ke kediaman wanita itu, KL terkejut apabila mengetahui bakal isterinya cacat penglihatan.
Namun, KL dipercayai telah menelefon abangnya memberitahu niatnya untuk membunuh diri.
Mayatnya dijumpai di sebuah gudang selepas beberap jam operasi pencarian dimulakan.
#bunuh diri #gantung diri #lelaki #mayat #operasi #perkahwinan #wanita
;