Pemuda berjaya patah cubaan rompak di kedai serbaneka

Agensi
Februari 22, 2019 19:28 MYT
Atlet taekwondo dengan tali pinggang hitam dalam sukan judo ini menggunakan kemahirannya dalam seni bela diri untuk mengawal keadaan dan melemahkan suspek. -Foto video AP
Keberanian seorang pemuda berjaya mematahkan cubaan merompak sebuah kedai serbaneka di Busan, Korea Selatan.
Dalam kejadian itu, lelaki tersebut dilihat meluru masuk ke dalam kedai serbaneka dan terus menerkam ke arah perompak berkenaan.
Lelaki yang dikenali sebagai Seong Ji-Hoon berkata keberaniannya datang secara tiba-tiba apabila melihat situasi yang mencemaskan itu.
Atlet taekwondo dengan tali pinggang hitam dalam sukan judo ini menggunakan kemahirannya dalam seni bela diri untuk mengawal keadaan dan melemahkan suspek.
Menurut kenyataan polis, suspek berusia 50 tahun itu mengugut pemilik kedai serbaneka menggunakan pisau sebelum bertindak mencekik mangsa.
Mangsa akhirnya berjaya meloloskan diri dengan bantuan Ji-Hoon apabila suspek ditolak dengan kuat sehingga rebah ke lantai.
#berani #Busan #Ji-Hoon #judo #Kedai Serbaneka #pemuda #rompakan #taekwondo
;