Pempengaruh dikecam bawa kekasih berjalan atas duit

Sinar Harian
Julai 1, 2024 09:15 MYT
Kosenko memimpin kekasihnya turun dari helikopter dan berjalan atas timbunan duit. - Foto Sinar Harian/Agensi
MOSCOW: Golongan kaya melakukan banyak 'perbuatan gila' bagi menunjukkan kemewahan melampau mereka di platform media sosial dan sebagainya.
Namun, baru-baru ini tular video seorang pempengaruh atau 'influencer' kontroversi menayang kekasihnya dari Rusia berjalan atas timbunan wang tunai yang dijadikan 'permaidani' semasa turun dari helikopter.
Video dimuatkan dalam Instagram yang diharapkan mendapat pujian netizen ternyata meleset apabila ramai daripada mereka mengutuk tindakan usahawan dikenali sebagai Sergei Kosenko atau Mr Thank You itu sebagai 'menjijikkan' kerana dianggap menghina duit.
Dalam video itu, Kosenko menghamparkan bungkusan duit seperti permaidani dan kemudian kekasihnya melangkah demi selangkah keluar dari helikopter itu.
Ramai netizen meluahkan rasa meluat terhadap wang tunai dijadikan sebagai 'permaidani' manakala selebihnya mempersoalkan sama ada semua wang kertas itu adalah palsu.
Seorang netizen menulis dalam kapsyen menyatakan wang tunai tersebut sangat bernilai kepada mereka yang sangat memerlukan dan perbuatan memijaknya seperti menghina rezeki.
"Anda mungkin sangat kaya, tetapi cara ini bukan membenarkan anda memperlakukan wang tunai sebegitu tetapi sebalinya membantu ratusan keluarga dan memberi makan kepada gologan susah yang sedang kelaparan," katanya.
Di Instragram, pempengaruh kontroversi Kosenko menggambarkan dia seorang pencipta, penyanyi dan usahawan dan pengikutnya mencecah 43 juta orang.
Artikel Berkaitan:
Tiada cadangan wujud akta kawal selia platform media sosial - Fahmi
Cium hajarulaswad: Menteri Agama tegur pempengaruh media sosial
Cukai Barang Bernilai Tinggi libatkan golongan kaya - Amir Hamzah l 5 Mac 2024
Dia kerap mempertontonkan kekasihnya, perniagaannya dan aktiviti libur bersama pasangannya itu.
Pada 2021, Kosenko pernah dikecam selepas mengikat kekasihnya atas kereta Bentley dan pada tahun sama dia ditendang keluar dari sebuah kelab malam di Bali, Indonesia kerana melanggar peraturan Covid-19. - Sinar Harian memetik agensi
#pempengaruh #duit #Kekasih #media sosial
;