Peminat Atletico meninggal dunia ketika meraikan kemenangan La Liga

Astro Awani
Mei 22, 2021 22:45 MYT
Mangsa dalam perjalanan menuju ke pusat Madrid bersama ahli keluarga dan rakan-rakan lain bagi meraikan kemenangan Atletico. - Gambar hiasan
MADRID: Seorang peminat kelab bola sepak Atletico Madrid meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan pada Sabtu.
Remaja berusia 14 tahun itu dikatakan terhantuk pada dinding ketika menjulur kepalanya daripada sebuah van di Madrid, menurut pegawai perubatan.
Remaja berkenaan dilaporkan mengalami serangan jantung susulan kejadian dan disahkan meninggal dunia sejam selepas kemalangan berkenaan.
Mangsa dalam perjalanan menuju ke pusat Madrid bersama ahli keluarga dan rakan-rakan lain bagi meraikan kemenangan Atletico yang berjaya merangkul kejuaraan La Liga pada Sabtu.
Ini kali pertama kelab tersebut memengani kejuaraan itu sejak 2014.
Ribuan peminat bola sepak dilaporkan berkumpul di Madrid di bawah pengawasan ketat polis.
#kemalangan #remaja #meninggal dunia #peminat bola sepak #Atletico Madrid #La Liga