Pemimpin Scotland bimbang nasib penduduk di Gaza

Bernama
Oktober 29, 2023 15:43 MYT
"Jika anda tidak mengundi untuk keamanan, semasa kanak-kanak sedang nazak, maka saya tidak tahu bagaimana anda boleh tidur pada waktu malam," kata Humza.
LONDON: Menteri Pertama Scotland Humza Yousaf pada Sabtu sekali lagi menyuarakan kebimbangan beliau terhadap mangsa yang tidak bersalah terutamanya kanak-kanak yang menanggung beban akibat konflik berterusan di Semenanjung Gaza.
"Kebimbangan saya adalah untuk semua penduduk yang menderita kerana jenayah yang tidak mereka lakukan. Jika anda tidak mengundi untuk keamanan, semasa kanak-kanak sedang nazak, maka saya tidak tahu bagaimana anda boleh tidur pada waktu malam.
"Terima kasih atas ucapan anda, saya takut kami tidak mendengar khabar daripada mertua saya," tulisnya," tulisnya di X.

Thank you for your good wishes, I'm afraid we have not heard from my in-laws. My concern is for all the innocent people suffering for a crime they did not commit. If you did not vote for peace, while children are dying, then I do not know how you sleep at night.#CeasefireNow

— Humza Yousaf (@HumzaYousaf) October 28, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau menulis mengenai nasib ibu mertuanya, Elizabeth El-Nakla dan suaminya Maged yang pergi ke Gaza dari Scotland untuk melawat saudara yang sakit.
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada Jumaat menerima resolusi yang ditaja Jordan yang menyeru gencatan senjata segera selain bantuan kemanusian serta perkhidmatan penting sampai ke Semenanjung Gaza tanpa sebarang halangan.
Konflik antara Israel dan Hamas sejak 7 Okt di Gaza mengakibatkan sekurang-kurangnya 7,326 rakyat Palestin terbunuh.
Selain itu, seramai 2.3 juta penduduknya mengalami kekurangan makanan, air dan perubatan berikutan pengeboman dan kepungan penuh oleh Israel di Semenanjung Gaza.
-- BERNAMA
#perang Palestin Israel #Menteri Pertama Scotland #Humza Yousaf #konflik di Gaza #Kanak-kanak
;