Pemimpin Republikan dakwa Obama tidak mahu berunding
AFP
Oktober 3, 2013 09:21 MYT
Oktober 3, 2013 09:21 MYT
Speaker Dewan Kongres Amerika Syarikat dari parti Republikan John Boehner meninggalkan pertemuan bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dengan nada hampa.
Dia mendakwa pihak Demokrat tidak mahu berunding untuk mengakhiri penutupan operasi kerajaan Amerika Syarikat.
Pertemuan yang diadakan di White House bersama ketua-ketua parti Demokrat dan Republikan jelas tidak membawa sebarang jalan penyelesaian untuk mengakhiri penutupan operasi kerajaan yang akan memasuki hari ketiga pada Khamis.
“Presiden telah menegaskan bahawa beliau tidak akan berunding,” kata Boehner.
Harry Reid dari parti Demokrat sebelum itu turut dilihat meninggalkan mesyuarat yang berlangsung selama lebih dari sejam.
Dia mendakwa Boehner dan parti Republikan masih tidak mahu berganjak dari menggunakan krisis perbelajaan kerajaan itu bagi menolak rancangan pelan kesihatan yang diusulkan pentadbiran presiden Barack Obama.
“Obamacare harus diteruskan,” kata Reid.