Pemimpin politik veteran Tamil Nadu Karunanidhi meninggal dunia
Bernama
Ogos 7, 2018 04:56 MYT
Ogos 7, 2018 04:56 MYT
Pemimpin politik veteran India dan bekas Ketua Menteri Tamil Nadu Muthuvel Karunanidhi meninggal dunia pada usia 94 tahun di Chennai, setelah beliau dimasukkan ke hospital selepas kesihatannya merosot.
Karunanidhi, yang terlibat dalam politik selama tujuh dekad, meninggalkan dua isteri dan enam anak.
Beliau dimasukkan ke hospital beberapa hari lepas berikutan kesihatannya semakin teruk, dan meninggal dunia pada 6.15 petang (waktu tempatan), Selasa.
"Walaupun pelbagai usaha terbaik dilakukan pasukan doktor dan jururawat kami untuk menyelamatkannya, beliau tidak memberi respons. Kami kehilangan seorang pemimpin berkarisma di India dan berkongsi kesedihan dengan anggota keluarga dan juga masyarakat Tamil di seluruh dunia," menurut kenyataan hospital berkenaan.
Kerajaan Tamil Nadu mengumumkan tujuh hari berkabung di negeri berkenaan atas kematian pemimpin politik berpengaruh itu.
Parti politik Karunanidhi, Dravida Munnetra Kazhagam (DMK) adalah salah satu daripada dua parti politik utama di Tamil Nadu bersama-sama dengan parti pemerintah All India Anna Dravida Munnetra Kazhagam (AIADMK).
-- BERNAMA
#berkabung
#Chennai
#DMK
#Dravida Munnetra Kazhagam
#India
#kematian
#meninggal dunia
#Muthuvel Karunanidhi
#pemimpin
#politik
#Tamil Nadu