Pemimpin politik India disyaki rogol wanita

Astro Awani
Januari 4, 2013 10:21 MYT
Polis menahan seorang pemimpin Parti Kongres India kerana di syaki merogol seorang wanita di sebuah perkampungan di Timur Laut Assam.
Menurut polis, kejadian berlaku awal pagi ketika Bikram Singh Brahma melawat Kampung Santipur. Dia dikatakan memasuki rumah wanita itu dan merogolnya.
Suspek bagaimanapun berjaya ditahan selepas penduduk kampung mendengar jeritan mangsa.
Video yang ditayangkan televisyen India menunjukkan Bikram Singh dikerumuni penduduk kampung yang berang.
Penahanan suspek menunjukkan bahawa perbuatannya itu tidak boleh diterima walaupun dia seorang yang berpengaruh.
Insiden berlaku ketika protes masih berterusan di seluruh India susulan kejadian rogol berkumpulan melibatkan pelajar 23 tahun di India.
Warga India kini menuntut layanan lebih baik diberikan terhadap wanita di negara itu.
#Bikram Singh Brahma #India #Kampung Santipur #Parti Kongres India
;