Pemimpin penunjuk perasaan gesa penyokong gempur ibu pejabat polis

Astro Awani
Disember 3, 2013 03:13 MYT
Dalam perkembangan terkini protes anti kerajaan Thailand, pemimpin penunjuk perasaan Suthep Thangsuban menggesa para penyokongnya menggempur ibu pejabat polis metropolitan hari ini sebagai satu usaha memperhebatkan tekanan ke atas kepimpinan Yingluck Shinawat.
Dalam satu perhimpunan, beliau berkata kumpulan pembangkang bakal menuju ke ibu pejabat itu pada pukul 8 pagi dan meramal dapat menguasainya pada pukul 4 petang.
Dua waran tangkap dikeluarkan ke atas Suthep atas tuduhan mencetuskan keganasan.
Kata Suthep, beliau akan berhenti berpolitik tetapi akan terus memimpin tunjuk perasaan.
Tambahnya, apa yang dilakukan sejak 10 hari lalu dengan menggesa Yingluck berundur, tiada kaitan dengan parti demokrat.
Ibu pejabat polis Bangkok menjadi sasaran kerana pihak polis disyaki tidak bersungguh-sungguh mengawal pertempuran antara penunjuk perasaan anti-kerajaan dan pro-kerajaan baju merah di Universiti Ramkamhaeng pada sabtu lalu sekali gus menyebabkan kematian dan kecederaan.
Kronologi protes Thailand:
11 November 24 November
26 November
28 November 29 November
30 November
1 Disember
2 Disember
#Bangkok #perhimpunan #polis #protes #Suthep Thangsuban #Thailand #Yignluck Shinawat