Pemimpin pembangkang Rusia semakin pulih selepas diracun
Astro Awani
September 19, 2020 06:00 MYT
September 19, 2020 06:00 MYT
PEMIMPIN pembangkang Rusia, Alexei Navalny yang dirawat di hospital selepas disyaki diracun agen saraf semakin pulih.
Beliau menyatakan perkara itu di media sosial Instagram, pada Sabtu.
Navalny yang merupakan seteru Presiden Rusia, Vladimir Putin, jatuh sakit dalam penerbangan domestik 20 Ogos lalu dan dipindahkan ke Jerman untuk rawatan.
Sebuah makmal ketenteraan Jerman mengesahkan beliau diracun menggunakan Novichok, iaitu agen saraf era Soviet yang dikatakan telah digunakan Britain ke atas bekas perisik Rusia dan anak perempuannya di England pada 2018.
Navalny koma lebih dari seminggu dan masih menerima rawatan.
Sebaik sahaja sedar dari koma, Navalny menyatakan dia berada dalam keadaan keliru dan tidak dapat berkata-kata.
Dia juga merasa kakinya dalam keadaan gementar ketika berjalan menaiki tangga.
Kremlin berulang kali menyatakan sebelum pemindahan Navalny ke Berlin, makmal Rusia dan sebuah hospital di Siberia tidak menemui tanda dia diracun.
Moscow meminta Jerman memberikan bukti dan bimbang dengan desakan Canselor Jerman Angela Merkel dan pemimpin Barat yang lain untuk menjawab spekulasi sebenar yang berlaku ke atas ahli politik itu.
#agen saraf
#Alexi Navalny
#Jerman
#koma
#Novichok
#pembangkang
#penerbangan
#politik
#Pulih
#racun
#rawatan
#Rusia
#sakit
#Soviet
#spekulasi