Pemimpin pembangkang menang Pilihan Raya Presiden Malawi
Astro Awani
Jun 28, 2020 14:38 MYT
Jun 28, 2020 14:38 MYT
Pemimpin pembangkang Malawi, Lazarus Chakwera menang undian semula bagi pemilihan Presiden negara itu.
Beliau mengalahkan penyandangnya, Peter Mutharika dengan 58.57 peratus undi yang dilakukan pada Selasa.
Pengumuman keputusan itu dibuat suruhanjaya pilihan raya pada Ahad.
Keputusan itu turut disambut dengan sorakan penyokong yang berhimpun bagi meraikan kemenangan Chakwera.
Pada Februari, Mahkamah Perlembagaan Malawi membatalkan kemenangan Mutharika semasa pemilihan Mei 2019 melibatkan isu penipuan undi.
Susulan itu, mahkamah memerintahkan pilihanraya semula bagi memilih presiden yang baharu perlu diadakan.
Malawi adalah negara Afrika kedua yang membatalkan pilihan raya presiden atas sebab penyelewengan, selepas Kenya pada tahun 2017.