Pemimpin pembangkang Maria Machado buang undi
Agensi
Julai 29, 2024 09:15 MYT
Julai 29, 2024 09:15 MYT
CARACAS: Pemimpin pembangkang Venezuela, Maria Corina Machado membuang undi pada pilihan raya paling penting dalam tempoh suku abad pemerintahan Parti Sosialis Bersatu apabila Presiden Nicolas Maduro yakin dengan kemenangannya pada Ahad.
Kehadiran Machado di pusat pengundian disambut dengan tepukan dan sorakan daripada penyokongnya.
Namun begitu, tentera yang mengawal pusat pengundian menghalang media tempatan dan antarabangsa daripada memasuki tempat mengundi untuk merakam gambar Machado membuang undi.
Bercakap kepada wartawan di luar tempat mengundi di Caracas, Machado menekankan keperluan kadar pengundian yang tinggi dalam pilihan raya tersebut dan menyeru rakyat Venezuela terus terlibat dalam proses demokrasi itu.
Machado yang lantang terhadap pentadbiran Maduro, telah menjadi bintang kempen gabungan, meskipun terdapat larangan ke atasnya untuk memegang jawatan awam yang memaksanya menyerahkan kepada calon Edmundo Gonzalez, seorang bekas diplomat berusia 74 tahun yang dikenali dengan sikap tenang.
Pemilihan semula Maduro pada tahun 2018 disifatkan sebagai penipuan oleh Amerika Syarikat, antara lain telah menyatakan Venezuela mempunyai sistem pilihan raya paling telus di dunia dan telah memberi amaran tentang pembunuhan berdarah sekiranya beliau kalah.
Dengan 10 calon yang bertanding, persaingan utama dijangka antara Presiden Nicolas Maduro yang ingin mendapatkan penggal ketiga dan Edmundo Gonzalez, yang disokong oleh gabungan pembangkang. - Agensi