Pemimpin Parti Buruh UK letak jawatan

AFP
Mac 27, 2013 12:34 MYT
Penggubal undang-undang David Miliband yang kalah kepada adiknya Ed ketika pemilihan pemimpin Parti Buruh mengundurkan diri sebagai MP pada Isnin lepas.
David Miliband yang merupakan bekas setiausaha luar kerajaan Gordon Brown mengundurkan diri dari arena politik selepas kekalahan tersebut.
Dia kini pula meletakkan jawatan dari kerusi England Utara, South Shields yang dipegang sejak 2001 menurut Daily Mirror.
BBC kemudian melaporkan Miliband menuju ke New York untuk menyandang jawatan ketua Jawatankuasa Keselamatan Antarabanga, sebuah badan amal yang bertindak bagi krisis kemanusiaan dunia.
Dua beradik itu yang merupakan anak kepada pendukung teori Marxisme Ralph Miliband menafikan terdapat pertelingkahan menjelang pemilihan pimpinan parti tersebut namun David mengakui terlepas dua ucapan terakhir adiknya pada persidangan tahunan Parti Buruh.
Beliau menambah keputusan untuk mengundurkan diri dari arena politik diambil bagi menghentikan sandiwara yang digosipkan bersama adiknya.
Ahli Parti Buruh Keith Vaz menulis di laman Twitter "tergamam dengan berita pengunduran David Miliband. Kehilangan besar kepada politik British".
Rakan seperjuangan di parlimen John Woodcock menambah "David bijak kepada suasana. Dia merupakan satu inspirasi; saya tahu dia akan kembali namun bersedih dengan pengundurannya".
Terdapat khabar angin yang mengatakan Miliband akan kembali semula ke arena politik selepas membidas pembentukaan kerajaan kebajikan bersama adiknya yang bakal memberikan laluan.
#David Miliband #Gordon Brown #Parti Buruh
;