Pemimpin Liga Arab desak pertempuran di Sudan ditamatkan, tentera tegaskan jangan masuk campur

Astro Awani
Mei 3, 2023 10:00 MYT
Menteri Luar Mesir Sameh Shoukry (kiri) mengadakan pertemuan dengan Dafaalla di Kahirah, Mesir, 2 Mei 2023. REUTERS
PEMIMPIN Liga Arab mengadakan pertemuan dengan wakil komander jeneral tentera Sudan Abdel Fattah al-Burhan, di ibu pejabatnya di Kaherah, Mesir, pada Selasa.
Rundingan tertumpu kepada gesaan supaya pihak bertelagah menghentikan pertempuran segera.
Bagaimanapun, wakil Abdel Fattah, Dafa’alla Al-Haj Ali menegaskan, krisis di negaranya merupakan perihal dalaman.
Beliau juga memberi amaran supaya tiada pihak campur tangan isu domestik Sudan.
"Ketidakstabilan dan perpecahan yang berlaku di Sudan, adalah di Sudan, bukan di benua ini atau lebih dari itu.
"Rayuan kami kepada komuniti antarabangsa adalah untuk memahami bahawa, apa yang berlaku di Sudan adalah perihal dalaman dan kami mampu menanganinya.
"Kami tidak akan membiarkan sebarang campur tangan asing dalam hal ini," kata Dafa’alla.
Beliau juga mendakwa pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) telah memusnahkan 70 peratus fasiliti kesihatan, termasuk hospital.
Pertempuran sehingga kini menyebabkan sekitar 334,000 penduduk menjadi pelarian.
#Pemimpin Liga Arab #Sudan #Abdel Fattah Burhan #keganasan
;