Pemimpin Korea Utara lawat Rusia 'apabila semua syarat dipenuhi' - Moscow

Bernama
Jun 25, 2024 15:45 MYT
Putin melawat Korea Utara dan memberikan hadiah kereta Aurus buatan Rusia kepada Kim Jong Un, baru-baru ini. - Gambar/ Reuters
TEHRAN: Lawatan Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un ke Rusia akan berlangsung apabila "semua syarat yang diperlukan dipenuhi" dan asas untuk menandatangani dokumen telah disempurnakan, kata Timbalan Menteri Luar Rusia Andrey Rudenko kepada Sputnik.
Pada 19 Jun, Presiden Rusia Vladimir Putin berkata beliau menjangkakan Kim Jong Un akan membuat lawatan balas ke Moscow.
"Saya fikir sebaik sahaja semua syarat yang diperlukan untuk lawatan ini dipenuhi dan asas tertentu untuk dokumen-dokumen yang perlu ditandatangani pada tahap ini telah disempurnakan, lawatan ini akan berlangsung," kata Rudenko.
-- BERNAMA
#Korea Utara #Rusia #Kim Jong Un #Vladimir Putin
;