Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un tersenarai sebagai 'musuh negara' dalam laman web Ukraine
Bernama
September 15, 2023 18:06 MYT
September 15, 2023 18:06 MYT
MOSCOW: Nama pemimpin Korea Utara Kim Jong Un tersenarai dalam laman sesawang neo-Nazi Ukraine Myrotvorets (Peacemaker), lapor Sputnik.
Menurut laman web itu, antara alasan mengapa pemimpin itu tersenarai adalah kerana ancaman nuklear, pelaksanaan program nuklear dan peluru berpandu serta jenayah siber.
Pemimpin itu dimasukkan ke dalam senarai "pengganas pro-Rusia, pemisah, askar upahan, penjenayah perang dan pembunuh" pada 6 September.
Laman web Myrotvorets menerbitkan data peribadi wartawan, tentera dari republik Donetsk dan Luhansk dan lain-lain yang pencipta laman sesawang yang dianggap sebagai "musuh Ukraine."
Individu yang tersenarai dalam pangkalan data itu dikatakan telah menerima ancaman selepas butiran mengenai kaitan mereka diterbitkan di laman sesawang berkenaan.
-- BERNAMA