Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dilapor sihat walaupun hilang berat badan

Bernama
Julai 8, 2021 17:36 MYT
Pemimpin itu dilapor dalam keadaan sihat dan 'sedang mengamalkan diet' sejak empat bulan lalu. - Reuters
SEOUL: Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan (NIS) Korea Selatan mendedahkan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, tidak mengalami sebarang masalah kesihatan walaupun hilang berat badan kira-kira 10-20 kilogram (kg) (22-44 paun) sejak beberapa bulan lalu.
Anggota jawatankuasa perisikan Parlimen Ha Tae-keung berkata, pemimpin itu dilapor dalam keadaan sihat dan "sedang mengamalkan diet" sejak empat bulan lalu, menurut Sputnik memetik agensi berita Yonhap pada Khamis.
"Baru-baru ini berat badan (Kim) turun kira-kira 10-20 kg dan masih mentadbir negara seperti biasa," kata Ha memetik taklimat NIS.
BACA: Rakyat Korea Utara menangis, Kim Jong-un susut berat badan
Akhbar Korea Selatan, The Chosun Ilbo, sebelum ini melaporkan Kim Jong Un, mempunyai ketinggian 170 sentimeter (5.5 kaki) dan berat badan 140 kg.
Media rasmi Korea Utara baru-baru ini mendedahkan, berat badan pemimpin itu susut kerana bekerja keras demi rakyat dan negara.
-- BERNAMA
#Kim Jong Un #Korea Utara #Pemimpin Korea Utara #berat badan #rakyat #perisikan
;