Pemimpin kesatuan sekerja guru gelap wang 200 juta dolar

Agencies
Februari 27, 2013 06:51 MYT
Wanita paling berpengaruh di Mexico, Elba Esther Gordillo telah didakwa atas tuduhan menggelapkan wang melibatkan lebih 200 juta dolar.
Jika sabit kesalahan, Gordilo yang juga pemimpin kesatuan sekerja guru Mexico bakal berdepan hukuman penjara 30 tahun.
Gordilo yang telah memimpin kesatuan sekerja itu selama 20 tahun didakwa telah menggunakan dana kesatuan tersebut untuk kegunaan peribadi.
Dia dikatakan membelanjakan wang itu untuk membeli hartanah termasuk di Amerika Syarikat, membeli pesawat peribadi dan melakukan pembedahan plastik.
Wang tersebut telah disalurkan di dalam akaun lain di Switzerland dan Lichtenstein.
Penyelewengan itu berlaku antara tahun 2008 dan 2012.
Gordilo telah ditangkap sekembalinya dari San Diego selepas mengadakan pertemuan dengan 1.5 juta anggota kesatuan sekerja.
Penahanannya dibuat sehari selepas Mexico melaksanakan transformasi besar-besaran dalam bidang pendidikan.
#Elba Esther Gordillo #gelap wang #Pemimpin kesatuan sekerja guru Mexico
;