Pemimpin junta dedah mahu kerajaan awam memimpin Myanmar

Astro Awani
Mei 22, 2021 09:22 MYT
Aung Hlaing turut mendakwa media membesar-besarkan angka penunjuk perasaan anti junta yang terkorban. - Foto REUTERS
PEMIMPIN junta tentera, Jeneral Min Aung Hlaing dedahkan hasrat mahu kerajaan awam memimpin negara itu.
Peralihan ini menurut beliau disasarkan akan dicapai dalam tempoh setahun.
"Apa yang kami mahu capai adalah sebuah negara demokrasi yang dibina dengan pelbagai parti.
"Sekiranya keadaan mengizinkan, kami berharap ia dapat dicapai dalam tempoh setahun, jika tidak kami akan menangguhkannya selama enam bulan lagi," katanya.
Beliau turut mendakwa media membesar-besarkan angka penunjuk perasaan anti junta yang terkorban.
Kata Aung Hlaing, angka yang maut adalah 300 orang dan bukannya 700 seperti dilaporkan media.
Tentera dipimpin Aung Hliang rampas kuasa dari kerajaan awam selepas beberapa tahun usaha mengembalikan demokrasi di Myanmar.
#Myanmar #Junta #kerajaan awam #Min Aung Hlaing #peralihan kuasa #tunjuk perasaan #angka korban
;