Pemimpin Houthi beri amaran untuk bertindak balas terhadap serangan AS

Bernama
Januari 12, 2024 14:00 MYT
Pejuang Houthi yang baru direkrut menonton rakaman ucapan Abdul-Malik mengenai Israel dan Yahudi pada majlis di akhir latihan, di Sanaa, Yaman, 11 Jan 2024. - REUTERS
BEIRUT: Pemimpin Houthi, Abdul-Malik al-Houthi berjanji untuk bertindak balas terhadap serangan udara yang dilancarkan Amerika Syarikat dan sekutunya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Beliau memberi amaran bahawa "sebarang pencerobohan oleh AS akan menerima balasan dan kami tidak akan teragak-agak dengan izin Allah, untuk melakukan segala yang termampu".
Beliau menegaskan bahawa serangan oleh negara-negara yang membentuk "Operasi Penjaga Kemakmuran" atau Operation Prosperity Guardian bakal mencetuskan tindak balas terbesar Houthi yang tidak pernah dilihat setakat ini.
Beliau turut menyeru rakyatnya untuk mengadakan demonstrasi di jalanan pada Jumaat dan berkumpul di Al-Sabeen Square di Sana'a, Yaman.
-- BERNAMA
#Abdul-Malik al-Houthi #Amerika Syarikat #Houthi #Yaman
;