Pemimpin gusti didakwa di mahkamah atas kesalahan gangguan seksual

Agensi
Jun 15, 2023 06:45 MYT
Brij Bhushan yang juga Ahli Parlimen dari Parti Bharatiya Janata menafikan tuduhan dikenakan.- Gambar Reuters/screengrab
NEW DELHI: Pemimpin Persekutuan Gusti India (WFI), Brij Bhushan Sharan Singh didakwa atas kesalahan gangguan seksual selepas sekumpulan ahli gusti terkemuka termasuk pemenang Olimpik melakukan tunjuk perasaan di negara itu.
Memetik CNN, Brij Bhushan didakwa atas tuduhan mengintai, membuat kenyataan berbaur seksual, gangguan dan ugutan.
Namun begitu, Brij Bhushan yang juga Ahli Parlimen dari Parti Bharatiya Janata menafikan tuduhan dikenakan ke atasnya.
Namun, pihak polis mencadangkan untuk menggugurkan tuduhan melibatkan seorang individu bawah umur yang membolehkan penangkapan dilakukan kelak.
Dalam pada itu, peguam memaklumkan Mahkamah tidak menjumpai sebarang bukti sokongan tuduhan oleh kanak-kanak itu setelah siasatan terperinci dalam kes ini.
Sebelum ini, beberapa ahli gusti yang membuat bantahan dengan bergerak ke arah bangunan Parlimen India ditahan Polis Delhi.
Brij Bhushan turut dilucutkan kuasa pentadbirannya sebelum ini namun ahli gusti menuntut penahanannya atas dakwaan gangguan seksual terhadap ahli gusti wanita.
#gangguan seksual #Pemimpin Persekutuan Gusti India #Parti Bharatiya Janata #Brij Bhushan Sharan Singh
;