Pemimpin G7 peringati mangsa bom atom Hiroshima
Bernama
Mei 19, 2023 17:45 MYT
Mei 19, 2023 17:45 MYT
HIROSHIMA: Wakil tujuh negara perindustrian demokratik utama (G7) memperingati mereka yang terkorban akibat bom atom yang dijatuhkan di bandar Hiroshima Jepun pada Perang Dunia Kedua, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ketua-ketua negara dan kerajaan melawat tugu peringatan dan meletakkan kalungan bunga di tugu Taman Memorial Keamanan di bandar itu.
Bom atom yang digugurkan oleh Tentera Udara Ameriak Syarikat (AS) pada 6 Ogos 1945 itu, memusnahkan bandar, membunuh ribuan nyawa.
Tiga hari kemudian, bom kedua digugurkan di Nagasaki yang merupakan senjata nuklear pertama dan terakhir digunakan.
-- BERNAMA