Pemimpin FARC ditahan terlibat aktiviti pemerasan
Astro Awani
Februari 12, 2013 07:17 MYT
Februari 12, 2013 07:17 MYT
Seorang pemimpin kanan angkatan bersenjata revolusi Colombia (FARC) yang selama ini menjalankan aktiviti pemerasan ditahan pihak berkuasa.
Polis Colombia memaklumkan Victor Hugo Silva, 47 tahun ditahan ketika dalam perjalanan untuk menjalankan aktivitinya di Bogota.
Silva atau lebih dikenali sebagai ‘Erick’ atau ‘El Chivo’ ditahan ketika sedang memakan ais krim.
Dia merupakan salah seorang daripada komander yang menjalankan tugasan di bawah kepimpinan tertinggi (FARC).
Antara kumpulan sasaran atau mangsa kegiatan peras ugutnya ialah pihak pengilang dan peniaga.
Ketika mengumumkan kejayaan berkenaan, Jeneral Jose Roberto Leon Riano memberitahu polis telah mengekori dan mengintip segala kegiatan Soto sejak lapan bulan lalu.
Tegasnya, Soto merupakan individu yang amat dikehendaki dan polis telah mengeluarkan empat waran tangkap ke atasnya sebelum ini.
Selain melakukan jenayah peras ugut, Soto juga melakukan pemberontakan bersenjata serta menculik.
Pada masa sama beliau juga memaklumkan semua yang terlibat dalam membantu polis dengan menyalurkan maklumat kepada polis akan menerima habuan lumayan sebanyak $240 ribu (RM 743 ribu).