Pemimpin dunia hadir upacara pengebumian Shinzo Abe

Agensi
September 27, 2022 11:28 MYT
Upacara Pengebumian Negara untuk mendiang bekas Perdana Menteri, Jepun, Shinzo Abe akan berlangsung hari ini pada pukul 1 tengah hari (waktu tempatan). - Gambar fail REUTERS
TOKYO: Upacara Pengebumian Negara untuk mendiang bekas Perdana Menteri, Jepun, Shinzo Abe yang berlangsung hari ini pada pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) dijangka dihadiri oleh ribuan orang termasuk pemimpin dan wakil dari lebih 217 negara, wilayah dan organisasi antarabangsa.
Upacara ini bakal menjadi acara terbesar awam sejak langkah keselamatan negara diperketatkan berikutan insiden tembakan Shinzo Abe pada 8 Julai lalu.
Memetik laporan Hindustan Times, bertempat di Nippon Budokan, Tokyo, antara pemimpin dunia yang sudah mengesakan kehadiran ialah Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris; Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dan Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck-soo.
Tidak ketinggalan, Perdana Menteri Australia; Anthony Albanese, Presiden Vietnam, Nguyen Xuan Phuc dan Setiausaha Luar Britain, James Cleverly juga akan mewakili negara masing-masing.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga akan menghadiri Upacara Pengebumian Negara mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kini berada di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Para pemimpin cabang perundangan, kehakiman dan pentadbiran Jepun terkini dan terdahulu, wakil dari setiap kementerian termasuk ahli parlimen dan wakil Kerajaan negeri juga dijangka hadir ke upacara.
Abe, Perdana Menteri Jepun paling lama berkhidmat dengan memegang jawatan itu bermula 2006 sebelum sekali lagi dipilih pada dari 2012 hingga 2020.
#Shinzo Abe #upacara pengebumian negara #Azmin Ali #Tokyo
;