Pemimpin-pemimpin ASEAN mengulangi pendirian mahukan satu penyelesaian damai terhadap tuntutan wilayah bertindih ke atas Laut China Selatan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri Malaysia berkata isu itu mestilah diselesaikan berdasarkan undang-undang antarabangsa dan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS).
“Semua pihak perlu mengekang diri, elakkan ketegangan meningkat di wilayah yang dipertikai," katanya kepada wartawan Malaysia di sini pada Isnin (Selasa di Malaysia) di akhir hari pertama Sidang Kemuncak Pemimpin-pemimpin AS-ASEAN selama dua hari di sini.
Mereka hendaklah mengelak dari memberi ancaman dan menghormati Deklarasi mengenai Tata Laku (DoC) pihak-pihak di Laut China Selatan yang ditandatangani oleh ASEAN dan China pada 2002, yang membuka jalan bagi ASEAN dan China merangka Kod Tata Laku (CoC) sebagai garis panduan untuk mengelakkan sebarang pertelingkahan di kawasan itu.
Tuntutan bertindih itu melibatkan empat negara ASEAN - Brunei, Filipina, Malaysia dan Vietnam, selain China dan Taiwan.
Najib berkata beliau menonjolkan perkara itu semasa perbincangan antara 10 pemimpin ASEAN dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.
Katanya, semua pemimpin ASEAN berkongsi sentimen yang sama.
Beliau berkata adalah penting mengekalkan keamanan, keselamatan dan kestabilan di samping kebebasan pelayaran dan penerbangan di ruang angkasa kawasan berkenaan.
“Penyelesaian itu tidak ditujukan kepada China saja. Kita perlukan peranan China secara positif dan produktif oleh kerana sebarang pertumbuhan ekonomi yang lembab di China akan memberi impak kepada ekonomi global,” kata beliau.
Bernama
Wed Feb 17 2016
![Pemimpin ASEAN mahu penyelesaian aman dalam isu Laut China Selatan Pemimpin ASEAN mahu penyelesaian aman dalam isu Laut China Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/51455589891_NajibObama.jpg)
Najib berkata isu itu mestilah diselesaikan berdasarkan undang-undang antarabangsa dan Konvensyen PBB mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS). -foto Bernama
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![APMM dijangka terima Ex-USCGC Steadfast tahun depan APMM dijangka terima Ex-USCGC Steadfast tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713875772_SaifulLizanIbrahim.jpg)
APMM dijangka terima Ex-USCGC Steadfast tahun depan
APMM dijangka menerima kapal Ex-USCGC Steadfast setelah proses penyediaan di Baltimore, Amerika Syarikat selesai dan dibawa pulang ke Malaysia pada suku tahun pertama 2025.
![Jangan bimbang kehadiran kapal Pengawal Pantai China di Laut China Selatan - PM Jangan bimbang kehadiran kapal Pengawal Pantai China di Laut China Selatan - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722317233_AnwarIbrahim.jpg)
Jangan bimbang kehadiran kapal Pengawal Pantai China di Laut China Selatan - PM
Perdana Menteri menasihatkan nelayan di Laut China Selatan untuk tidak bimbang dengan kehadiran kapal Pengawal Pantai China.
![Beijing benarkan pengawal pantai tahan 'penceroboh' tanpa perbicaraan Beijing benarkan pengawal pantai tahan 'penceroboh' tanpa perbicaraan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720932073_ScarboroughShoal.jpg)
Beijing benarkan pengawal pantai tahan 'penceroboh' tanpa perbicaraan
Peraturan baharu itu menetapkan suspek boleh ditahan sehingga 60 hari tanpa perbicaraan.
![China dakwa kapal Filipina rosakkan terumbu karang di Laut China Selatan China dakwa kapal Filipina rosakkan terumbu karang di Laut China Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720478713_BRPSierraMadre.jpg)
China dakwa kapal Filipina rosakkan terumbu karang di Laut China Selatan
China mendakwa kapal perang Filipina merentas secara haram di sekitar Beting Thomas Kedua berhampiran Kepulauan Nansha.
![Tuntut kedaulatan Sabah: Malaysia serah nota diplomatik kepada Filipina - Laporan Tuntut kedaulatan Sabah: Malaysia serah nota diplomatik kepada Filipina - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81612930428_BenderaSabah.jpg)
Tuntut kedaulatan Sabah: Malaysia serah nota diplomatik kepada Filipina - Laporan
Kerajaan Malaysia menolak pemfailan itu atas alasan pemanjangan sempadan pelantar benua yang dikemukakan Filipina dilakukan berdasarkan garis dasar Sabah.
![China, Filipina setuju teruskan dialog mengenai Laut China Selatan China, Filipina setuju teruskan dialog mengenai Laut China Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709632005_TBRESUPPLUBOAT.jpg)
China, Filipina setuju teruskan dialog mengenai Laut China Selatan
China dan Filipina mengadakan mesyuarat kesembilan berhubung Mekanisme Perundingan Dua Hala (BCM) di Laut China Selatan.
![Latihan ketenteraan Malaysia dengan Barat isyarat kepada Beijing mengenai Laut China Selatan - Laporan Latihan ketenteraan Malaysia dengan Barat isyarat kepada Beijing mengenai Laut China Selatan - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717993646_latihanketenteraan.jpg)
Latihan ketenteraan Malaysia dengan Barat isyarat kepada Beijing mengenai Laut China Selatan - Laporan
Akhbar South China Morning Post menyifatkan latihan ketenteraan Malaysia bersama Singapura dan kuasa Barat, membantu' Malaysia menghantar isyarat kepada Beijing di Laut China Selatan.
![Kod Tatalaku di Laut China Selatan perlu segera dimuktamadkan - Bekas Menteri Luar Indonesia Kod Tatalaku di Laut China Selatan perlu segera dimuktamadkan - Bekas Menteri Luar Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711709219_TBPHILICOASTGUARD.jpg)
Kod Tatalaku di Laut China Selatan perlu segera dimuktamadkan - Bekas Menteri Luar Indonesia
Kod Tatalaku (COC) di Laut China Selatan perlu dimuktamadkan secepat mungkin bagi mengelakkan peningkatan konflik berhubung tuntutan maritim di kawasan itu, kata seorang diplomat.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![China gesa Filipina henti pencabulan, provokasi di Laut China Selatan China gesa Filipina henti pencabulan, provokasi di Laut China Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711320165_tbWUQIAN.jpg)
China gesa Filipina henti pencabulan, provokasi di Laut China Selatan
Tentera Filipina pada Sabtu dakwa kapal pengawal pantai China menggunakan meriam air terhadap kapal bekalan Filipina di Laut China Selatan.