Pemilu Indonesia: Enam pegawai pusat undi meninggal dunia gara-gara keletihan

Agensi
April 19, 2019 15:20 MYT
Bekerja lebih 12 jam dan menguruskan ratusan juta pengundi... para petugas di pusat undi Pemilu Indonesia sememangnya berdepan tugas getir. - AP
ENAM pegawai jawatankuasa pusat mengundi (KPPS) ketika Pemilihan Umum (Pemilu) 2019 dilaporkan meninggal dunia akibat kepenatan susulan bekerja pada hari Pemilu, 17 April.
Memetik laporan akhbar The Jakarta Post, salah seorang pegawai, Supriyanto, 54 tahun, yang merupakan ketua KPPS di daerah Cigalontang, Tasikmalaya ditemui pengsan dan dikejarkan ke pusat kesihatan berdekatan, namun disahkan meninggal dunia pada 2 petang Rabu.
Menurut Ketua Polis Cigalontang Tudiman, Supriyanto mungkin terlalu penat selepas bekerja 12 jam tanpa henti.
“Supriyanto mengadu bahawa dia sukar bernafas sebelum dia pengsan. Keluarganya turut berkata bahawa dia ada penyakit asma,” kata Tudiman dalam portal berita tempatan Tribunnews.com.
Manakala di Malang, Jawa Timur pula, pegawai KPPS Agus Susanto, 40 tahun, dari Lowokwaru turut meninggal dunia selepas selesai kerjanya di sebuah pusat mengundi.
Zaenudin, Ketua Suruhanjaya Pemilihan Umum (KPU) di Malang berkata Agus turut mungkin meninggal dunia akibat kepenatan selepas bekerja pada hari Pemilu.
Susulan itu, netizen mula menggunakan #MartirDemokrasi (SyahidDemokrasi) bagi memberi penghormatan ke atas usaha mereka dalam proses demokrasi itu.

"Definisi pahlawan adalah seseorang yang rela mengurangi kenyamanannya untuk membuat orang lain lebih nyaman" -@pandji dari kutipan diatas, saya bisa ambil kesimpulan, #MartirDemokrasi ini layak disebut pahlawan (: https://t.co/WgUdzEgjqj

— . (@nozleep) April 18, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

KPPS sdh bekerja keras. Hargai perjuangan mereka. Ins Allah mereka bekerja dg jujur. Siapapun pemimpinnya nanti.Semoga amanah#MartirDemokrasi

— Galis Diaz (@galis_diaz26) April 19, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Terima kasih, para #PahlawanPemilu. Demokrasi tidak mudah, tapi berkat kalian optimis Indonesia bisa. pic.twitter.com/EZ37kNrm3u

— Lolita Lavietha (@lavivrie) April 19, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Antara lain yang turut menjadi mangsa ketika Pemilu adalah Azis, 47 tahun, salah seorang pegawai KPPS di Kampung Menyono, daerah Kuripan di wilayah Probolinggo akibat penat yang keterlalulan pada Khamis, sehari selepas selesai mengira undi.
Ketua KPPS di Kampung Cipeundeuy, daerah Bojon di wilayah Purwakarta bernama Deden Damanhuri antara salah seorang petugas yang meninggal dunia ketika menjalankan tugas ketika Pemilu 2019.
"Deden meninggal dunia sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai pegawai pilihan raya," kata Ramlan Maulana, pesuruhjaya KPU Purwakarta kepada akhbar tempatan Tempo.
Sementara itu, Ketua KPPS di Kota Bekasi, Ahmad Salahudin, 43 tahun, pula dilaporkan oleh portal Kompas.com terkorban akibat dilanggar lori ketika menghantar anaknya ke sekolah dengan menaiki motosikal.
Beliau dipercayai berada dalam keadaan penat kerana hanya selesai mengira undi pada jam 4 pagi waktu tempatan dan perlu menghantar anaknya ke sekolah pada pukul 7 pagi.
Menurut portal Vice.com, antara yang lain termasuk Ketua KPPS di Kampung Sukaharja, Bogor, Jaenal yang bekerja sejak malam sebelum Pemilu.
Lebih 154 juta pengundi dijangka telah membuang undi pada 17 April, yang mencatat statistik 80 peratus keluar mengundi, menurut pusat kajian Saiful Mujani Research & Consulting.
#Indonesia #Jakarta #Joko Widodo #pemilihan #Pemilu #Pemilu 2019 #pilihan raya #Pilpres #Prabowo Subianto
;