KUALA LUMPUR: Proses perhitungan suara atau pengiraan undi bagi undi awal sempena Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 Indonesia untuk Tempat Pemungutan Suara (TPS) Pusat Dagangan Dunia (WTC) dilaksanakan di lokasi sama bermula pada 3.30 petang Rabu.
Difahamkan 223 kotak surat suara untuk proses pengundian awal yang berlangsung di WTC pada Ahad lepas tidak dikeluarkan dari TPS berkenaan dan dikawal ketat sehingga detik pengiraan undi hari ini.
Pengiraan undi dilakukan dengan disaksikan oleh wakil calon dan wakil parti yang bertanding dan difahamkan proses perhitungan suara di WTC itu bakal mengambil masa dua hari.
Jurucakap Panitia Pemilihan Luar Negeri Puji Sumarsono (he) ketika ditemui media yang dibenarkan meninjau proses pengiraan di WTC itu berkata lebih 20,000 pengundi hadir di WTC pada Ahad, yang mewakili kira-kira 10 peratus daripada 222, 945 pemilih berdaftar di Malaysia yang layak mengundi di pusat mengundi berkenaan.
"Turut dihitung di WTC ini ialah surat suara daripada Kotak Suara Keliling (KSK) termasuk dari Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Perak, Kelantan dan Terengganu," katanya.
Pengundian menerusi KSK atau peti undi bergerak dilaksanakan mulai 1 Feb hingga Sabtu 10 Feb lepas di komuniti penempatan warga Indonesia serta kilang dan ladang.
WTC merupakan pusat mengundi terbesar di luar Indonesia sempena Pemilu 2024. Pusat pengundian awal yang turut dibuka di Malaysia pada Ahad ialah di Johor, Pulau Pinang, Sabah (Kota Kinabalu dan Tawau) dan Sarawak (Kuching).
Hari ini kira-kira 204.8 juta pengundi Indonesia layak keluar mengundi di lebih 800,000 TPS di seluruh republik itu.
Perlumbaan untuk merebut kepimpinan tertinggi bagi negara demokrasi ketiga terbesar di dunia itu melibatkan tiga pasangan yang bergandingan sebagai calon presiden dan naib presiden.
Ia melibatkan calon presiden Anies Baswedan dan calon naib presiden Muhaimin Iskandar atau Cak Imin; Menteri Pertahanan Prabowo Subianto dan regunya iaitu anak sulung Presiden Joko Widodo - Gibran Rakabuming Raka; dan pasangan Ganjar Pranowo, bekas gabenor Jawa Tengah bersama Mahfud MD, bekas Menteri Koordinator Politik, Undang-undang dan Hal Ehwal Keselamatan.
Proses pengiraan undi luar negeri di Sabah pula berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di Kota Kinabalu dan Dewan Sri Tawau di Tawau.
Di KOTA KINABALU, Ketua Panitia Pemilihan Luar Negeri (PPLN) 2024 Kota Kinabalu Marwan Wardhana berkata lebih 2,000 petugas mengambil bahagian dalam proses pengiraan undi itu yang bermula pada pukul 2.30 petang melibatkan sebanyak 918 peti undi.
Beliau berkata proses pengiraan undi itu dibahagikan kepada dua sesi dan pihaknya menyasarkan untuk menyelesaikan proses tersebut pada pukul 5 pagi esok.
"Semua itu harus dihitung sampai selesai dalam waktu 24 jam sejak ditutupnya tempat pungutan suara di Indonesia," katanya ketika ditemui pemberita pada proses pengiraan undi di SICC itu hari ini.
Menurutnya, kira-kira 79.83 peratus daripada 98,669 warga Indonesia dalam wilayah Konsul Jeneral Republik Indonesia di Kota Kinabalu keluar mengundi sempena Pemilu 2024.
Di TAWAU, pengiraan undi di Dewan Sri Tawau bermula pada 2 petang yang melibatkan pengiraan untuk 376 kotak undi.
Ketua Panitia PPLN di Tawau Iskandar Suskmadi berkata seramai 669 petugas terlibat dalam pengiraan undi itu yang dijangka selesai pada 12 tengah hari esok.
Menurutnya, 80 peratus daripada 59,442 pengundi di wilayah Tawau keluar mengundi pada Ahad lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 14 2024

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) memulakan kiraan undi bagi Proses undi awal sempena Pemilu 2024 di Pusat Pengiraan undi awal di WTCKL hari ini. - Bernama
AWANI Borneo [23/3/2025] – Banjir | Bernilai RM740,500 | Pembangunan
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan.
- Sekolah terjejas banjir akan dibaik pulih segera.
- Cubaan seludup ayam sejuk beku bernilai RM740,500 gagal.
- Jambatan Jepak-Bintulu dibuka.
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Sekolah terjejas banjir akan dibaik pulih segera.
- Cubaan seludup ayam sejuk beku bernilai RM740,500 gagal.
- Jambatan Jepak-Bintulu dibuka.
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
Fokus Minggu Depan: Tindakan dan langkah segera selesaikan masalah banjir
Ikuti temubual bersama Pengarah Pejabat Pelestarian Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Ir Dr Fadhil Mohd Din, membincangkan tentang tindakan dan langkah segera penyelesaian masalah banjir.
Jambatan Jepak-Bintulu dibuka, tingkat ekonomi rakyat setempat
Selepas enam tahun dibina, jambatan ikonik Jepak-Bintulu dibuka kepada orang ramai sekaligus menjadi meru tanda pembangunan penduduk setempat.
Kebolehpasaran graduan TVET capai 99 peratus - Fadhlina
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyatakan bahawa tumpuan pada masa ini adalah TVET yang menyeluruh dan kursus-kursus relevan perlu diperhalusi mengikut kehendak pasaran.
Amaran ribut petir, hujan lebat hampir di seluruh negara
Sabah dan Sarawak antara 12 negeri diramal dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang pada Ahad.
Cubaan seludup ayam sejuk beku bernilai RM740,500 gagal
Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 20 Briged Sabah berjaya menggagalkan cubaan menyeludup ayam sejuk beku tanpa dokumen sah dalam operasi di Pusat Pemeriksaan Jalan (RCP) Sapi Nangoh.
Pangkalan TLDM akan dibina ke Muara Tebas
Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sebelum ini dirancang di Samalaju, Bintulu akan dipindahkan di satu tapak baharu di Bandaraya Kuching.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar berkata, pangkalan yang turut menempatkan Markas Wilayah Laut 4 atau Mawilla 4 itu akan dibina di Muara Tebas, yang tapaknya sudah mendapat kelulusan kerajaan Sarawak.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar berkata, pangkalan yang turut menempatkan Markas Wilayah Laut 4 atau Mawilla 4 itu akan dibina di Muara Tebas, yang tapaknya sudah mendapat kelulusan kerajaan Sarawak.

Mangsa banjir di tiga negeri terus menurun petang ini
Keadaan banjir di Johor, Sarawak dan Sabah bertambah baik pada petang ini apabila jumlah keseluruhan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurang kepada 5,808 orang.

Tunku Mahkota Ismail berangkat melawat mangsa banjir
Tunku Ismail turut meluangkan masa menyantuni sukarelawan pembersihan di pekarangan Masjid Taman Tampoi Indah.
MAIWP peruntuk RM1.6 juta buat 5,427 pelajar pulang beraya
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan RM1.6 juta bagi membantu 5,427 mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) di Wilayah Persekutuan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri menerusi program Jom Balik Raya Bersama Mahasiswa.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pemilu 2024: Prabowo kukuh sebagai pendahulu dalam tinjauan pilihan raya
Prabowo Subianto melebarkan kedudukannya ke atas dua lagi pesaingnya dalam tinjauan simulasi terbaharu.

Debat calon naib presiden, Polis Jakarta kerah 2,000 anggota
Polis Metropolitan Jakarta mengerahkan kira-kira 2,000 anggota untuk memastikan keselamatan ketika berlangsungnya debat calon naib presiden menjelang Pilihan Raya Umum (PEMILU) 2024.

Pemilu 2024: Megawati ancam pecat anggota buat gerakan politik
Megawati Soekarnoputri meminta semua barisan partinya tidak melakukan muslihat politik untuk pemilihan presiden 2024.