Pemilu 2024: Prabowo beri penghormatan kepada Suharto
Afiezy Azaman
Februari 15, 2024 11:20 MYT
Februari 15, 2024 11:20 MYT
JAKARTA: Calon Presiden Indonesia yang juga berkemungkinan menang, Prabowo Subianto memberi penghormatan kepada pemimpin terdahulu negara itu semasa ucapan pada Rabu.
Prabowo sempat bergurau mengenai hubungan rapatnya dengan bekas bapa mertuanya dan bekas pemerintah Suharto.
Berucap di lautan peminat yang bergembira, lelaki berusia 72 tahun itu berlirik tentang digendong dalam pelukan pengasas negara Sukarno.
Beliau turut bergurau tentang mengurut bekas pemimpin Abdurrahman Wahid dan makan tengah hari dengan Presiden kedua Indonesia,Suharto.
“Mengenai presiden kedua, saya cukup mengenalinya,” katanya sambil riuh rendah penonton di Stadium Sukan Senayan.
"Kenapa kamu ketawa? Kamu tidak percaya? Dengan Presiden Kedua, saya sering makan tengah hari dengannya," ujarnya.
Prabowo berkata, lebih 100 juta pengundi muda negara itu adalah kunci kemenangannya dan juga berterima kasih kepada bekas isterinya Titiek Suharto.
Jeritan kepada Suharto menandakan satu peristiwa yang menakjubkan dalam demokrasi ketiga terbesar di dunia itu, di mana penganalisis melihat peningkatan dalam illiberalisme, nepotisme dan politik naungan zaman dahulu.
Suharto menyelia dekad pemerintahan yang dianggap menindas dan salah satu kerajaan yang terpalit kontroversi rasuah sebelum dipaksa berundur semasa protes besar-besaran dan krisis ekonomi pada 1998.
Prabowo, bekas komander pasukan khas, dipecat daripada tentera di tengah-tengah dakwaan pencabulan hak asasi manusia yang tidak terbukti, termasuk penculikan 13 aktivis pelajar semasa protes itu.
Beliau selalu menafikan penglibatannya.
Kiraan pantas tidak rasmi dikeluarkan di negara demokrasi ketiga terbesar di dunia itu menunjukkan Prabowo menerajui persaingan bersama calon Naib Presiden, Gobran Rakabuming Raka.
Ribuan orang memenuhi stadium di Jakarta tengah sambil menari, melaungkan nama Prabowo dan memberi salam damai dua jari untuk melambangkan nombornya dalam undian.
"Akhirnya, dia (Prabowo) menang selepas tiga kali bertanding jawatan Presiden.
Saya telah mengundinya sejak 2014," kata Ida Yayan, yang menempuh perjalanan berjam-jam untuk menghadirinya.
"Saya rasa semua orang akhirnya menyedari bahawa Prabowo seorang yang baik dan dia layak menjadi presiden kita," ujarnya.
“Alhamdulillah, Prabowo telah menang,” kata Muhammad Luth.
"Saya harap Prabowo boleh membawa kemakmuran kepada negara, makanan ruji yang murah dan makan tengahari dan susu percuma untuk kanak-kanak," katanya.
Bekas jeneral yang menjawat jawatan Menteri Pertahanan berikrar untuk meneruskan dasar Presiden, Joko Widodo dan telah menjanjikan makan tengah hari percuma untuk semua pelajar sekolah.
Keputusan rasmi akan dikeluarkan sebelum 20 Mac dan Presiden baharu akan dirasmikan pada Oktober.