Pemilu 2024: Jokowi kekal di hati rakyat

Faida Rahim
September 2, 2022 15:20 MYT
Jokowi berada di kedudukan teratas sebagai calon pilihan Presiden dalam Pilihan Raya Umum 2024. - Gambar fail
JAKARTA: Nama presiden Joko Widodo (Jokowi) masih menjadi pilihan ramai hasil Musyawarah Rakyat Indonesia (Musra).
Menerusi mesyuarat itu, nama Jokowi berada di kedudukan teratas sebagai calon pilihan Presiden dalam Pilihan Raya Umum (Pemilu) 2024.
Pengerusi Jawatankuasa Musra, Andi Gani Nena Wea memberitahu Presiden Jokowi menerima 29.79 peratus undian dengan kiraan 1,704 daripada 5,721 penduduk.
Tempat kedua diduduki oleh Menteri Pelancongan iaitu Sandiaga Uno dengan 16.92 peratus undian.
Manakala pilihan ketiga ialah Gabenor Jawa Tengah, Ridwan Kamil dengan 16.19 peratus undian.
Proses undian ini dilakukan menerusi undian elektronik, e-voting yang dilakukan oleh semua penduduk di Jawa Barat.
Terdahulu, Jokowi mengumumkan ‘fasa awal’ Pilihan Raya Umum (Pemilu) 2024 bermula pada Jun lalu tanpa menjelaskan lebih lanjut mengenai proses berkaitan.
Indonesia akan mengadakan tiga pilihan raya utama iaitu Pilihan Raya Parlimen, Gabenor dan Presiden pada 2024 yang pertama kali berlaku serentak dalam sejarah negara itu.
#Indonesia #pilihan raya #Joko Widodo #Jokowi
;