Pemilikan senjata api antara isu utama Obama
Astro Awani
Januari 20, 2013 07:59 MYT
Januari 20, 2013 07:59 MYT
Isu pemilikan senjata api di Amerika Syarikat dilihat antara agenda utama yang perlu diselesaikan oleh Barack Obama selepas secara rasminya menjadi Presiden Amerika Syarikat buat penggal kedua.
Undang-undang pemilikan senjata api yang longgar dikatakan punca kepada penyalahgunaan senjata berleluasa di negara itu.
Sebaik memasuki pejabatnya, kerajaan pimpinan Obama perlu mula merancang secara serius langkah menyekat keganasan menggunakan senjata api dan kaedah memperketatkan lagi undang-undangnya.
Debat hangat itu bermula selepas insiden 26 orang ditembak mati di Sekolah Sandy Hook, Newtown, Connecticut.
Malah, insiden tersebut bukanlah yang pertama berlaku di negara Uncle Sam itu kerana sebelum itu satu kejadian tembakan rambang pernah berlaku di Aurora, Colorado yang mengakibatkan empat mangsa maut.
Setakat ini, Obama telah mengarahkan Naib Presiden Joe Biden mengadakan mesyuarat demi mencari pendekatan bagi mengelak perkara sama berulang.
"Kita akan bersama-sama bersatu tanpa mengira fahaman politik dalam menyelaraskan satu tindakan sempurna dalam mengelakkan banyak lagi tragedy seperti ini,” kata Obama.
Usahanya itu sudah mencetus kemarahan pemilik senjata di semua negeri di negara berkenaan.
Penggal kedua Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat dilihat sangat berliku dan tidak mudah untuk diterajui.