Pemilik 'suara' Doraemon Tomita Kosei meninggal dunia
Agensi
Oktober 3, 2020 16:58 MYT
Oktober 3, 2020 16:58 MYT
PEMILIK sebenar 'suara' siri animasi Doraemon, Tomita Kosei meningga dunia akibat lumpuh.
Pemergian Kosei yang berusia 84 tahun pada 27 September lalu itu disahkan oleh agensi pengurusannya.
Mendiang telah menyumbangkan suaranya untuk siri kanak-kanak tersebut pada 1973.
Suara Kosei seterusnya digantikan oleh pelakon Masako Nozawa yang menyebabkan kekecohan dalam kalangan para peminat Doraemon.
Dalam masa sama, mendiang turut meminjamkan suaranya kepada siri animasi berprofil tinggi seperti Astro Boy dan Detective Conan.
Suaranya turut digunakan dalam filem Hollywood iaitu Kung Fu Panda dan While You Were Sleeping khusus untuk tontonan masyarakat Jepun.
Pada 2009, Kosei menerima Anugerah Kejayaan di Majlis Anugerah Seiyu Ketiga iaitu upacara yang mengiktiraf bakat lakonan suara di Jepun.
#Tomita Kosei
#Doraemon
#meninggal dunia
#lumpuh
#suara sebenar
#Detective Conan
#Astro Boy
#Kung Fu Panda
#Hollywood
#Jepun
#animasi
#manga