Pemilik kelab Leicester City sah terkorban nahas helikopter

Astro Awani
Oktober 28, 2018 07:34 MYT
Vichai Srivaddhanaprabha dilaporkan menaiki helikopter tersebut bersama empat mangsa lain sejurus perlawanan Liga Perdana antara Leicester dan West Ham berakhir. - REUTERS/Jorge Silva/Fail
Pemilik kelab bola sepak Leicester City, Vichai Srivaddhanaprabha disahkan sebagai salah seorang mangsa yang maut dalam nahas helikopter di luar Stadium King Power di England pada Sabtu.
Perkara itu disahkan oleh pihak pengurusan kelab bola sepak Leicester City.
Hartawan kelahiran Thailand itu, 60 tahun, dilaporkan menaiki helikopter tersebut bersama empat mangsa lain sejurus perlawanan Liga Perdana antara Leicester dan West Ham berakhir.
Saksi kejadian berkata pesawat tersebut hilang kawalan selepas beberapa saat berlepas tetapi hilang kawalan lalu merempuh parkir kenderaan kakitangan pasukan tersebut.

pic.twitter.com/hQSR0IDWWg

— Leicester City (@LCFC) October 28, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, empat lagi mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter bersama Vichai merupakan dua orang kakitangannya, Nursara Suknamai dan Kaveporn Punpare.
Manakala dua lagi dinamakan sebagai Eric Swaffer yang merupakan juruterbang helikopter dan seorang penumpang dinamakan sebagai Izabela Roza Lechowicz.
Pengesahan ini dibuat oleh pihak polis dan kenyataan sama dikongsi oleh pihak kelab bola sepak England itu di laman Twitter mereka.
Bagaimanapun, polis menambah proses penelitian identiti secara rasmi akan dijalankan dalam masa terdekat.
Mereka juga percaya tiada pihak yang tercedera susulan kemalangan tersebut.
#bola sepak #helikopter #Leicester City #Liga Perdana #mangsa #maut #Nahas #Vichai Srivaddhanaprabha #West Ham
;