Pemilik kedai Muslim di Perancis disaman gara-gara waktu operasi 'seksis'
Agensi
April 26, 2016 20:43 MYT
April 26, 2016 20:43 MYT
Seorang pemilik kedai beragama Islam didenda 500 euro (RM2,200) gara-gara membuka kedai berlainan waktu bagi lelaki dan perempuan.
Jean-Baptise Michalon, pemilik sebuah kedai runcit yang terletak di Bordeaux dilaporkan memeluk Islam pada 2012, menimbulkan kekecohan selepas dia menulis notis waktu operasi berlainan buat lelaki dan perempuan.
Wanita hanya dibenarkan datang ke kedainya pada setiap Sabtu dan Ahad, dan kaum lelaki pula pada hari-hari lain.
Selepas dikritik hebat, Michalon melupakan hasratnya itu dan terus menutup kedainya.
"Ini merupakan permintaan dari pelanggan wanita yang lebih selesa dengan kehadiran isteri saya di kaunter. Kami beroperasi menjual pakaian," kata Michalon ketika ditemuramah AFP.
Peguam Michalon, Tristram Heliot memberitahu AFP yang dia mengakui yang tindakannya 'tidak berasas'.
Selain ahli politik, tindakannya itu turut dikecam Ketua Imam Bordeaux, Tareq Oubrou.
"Kita tidak pernah mengalami masalah ini sewaktu era Rasulullah S.A.W. Di pasar-pasar, wanita dan lelaki bercampur. Ini pelik terutamanya ketika pergaulan sosial diterima budaya," kata Oubrou.
#200) gara-gara membuka kedai berlainan waktu bagi lelaki dan perempuan
#Jean-Baptise Michalon
#Seorang pemilik kedai beragama Islam didenda 500 euro (RM2