Pemilik kedai emas kahwin wanita muda, beza umur 40 tahun

Sinar Harian
Jun 9, 2024 13:45 MYT
Pasangan itu melangsungkan perkahwinan pada 1 Mei lalu dalam majlis gilang-gemilang dengan ditemani keluarga masing-masing. - Gambar hiasan
Sepasang pengantin baharu di Kuningan, Jawa Barat, Indonesia menarik perhatian netizen kerana mempunyai jarak usia 40 tahun.
Dalam video TikTok yang telah dipadamkan, pasangan itu dilihat melangsungkan perkahwinan yang gilang-gemilang dengan ditemani keluarga masing-masing.
Pengguna yang memuat naik video asal, Noviar menjelaskan lelaki itu mempunyai perbezaan umur 40 tahun dengan isterinya.
Tambahnya, pasangan itu melangsungkan perkahwinan mereka pada 1 Mei lalu dan pengantin lelaki dikenali sebagai Jumar Muaamar adalah pemilik kedai emas di Jawa Barat.
Video yang dimuat naik semula pengguna lain telah menarik pelbagai komen- komen lucu daripada netizen.
"Walaupun jurang umur 100 tahun tidak menjadi masalah selagi anda mempunyai wang," tulis seorang pengguna.
"Apa yang penting adalah emas," kata seorang netizen lain.
Menyedari perkahwinan tersebut telah tular, pengantin perempuan yang dikenali sebagai Amelia tampil menjelaskan perkahwinan dengan suaminya yang berusia itu.
Katanya, dia tidak kisah dengan komen skeptikal netizen mengenai perkahwinannya kerana jodohnya telah ditentukan Allah.
"Saya boleh mengharungi semua kritikan daripada anda kerana saya mendapat sokongan ahli keluarga dan rakan terdekat saya," ujarnya. - Sinar Harian/ Agensi
#kahwin gadis muda #pemilik kedai emas
;