Pemilihan perdana menteri baharu UK ditangguhkan akibat ancaman siber

Bernama
Ogos 4, 2022 08:30 MYT
Parti Konservatif terpaksa membatalkan pelan awalnya untuk membenarkan ahli parti mengundi bakal pemimpin. - Gambar hiasan/REUTERS
MOSCOW: Sesi pemilihan perdana menteri baharu United Kingdom (UK) telah ditangguhkan akibat ancaman siber, lapor Sputnik memetik he Telegraph.
Ibu Pejabat Komunikasi (GCHQ) UK memberi amaran bahawa penggodam mampu menipu undian, menurut akhbar itu.
Berikutan itu Parti Konservatif terpaksa membatalkan pelan awalnya untuk membenarkan ahli parti mengundi pemimpin yang bakal menerajui parti dan negara itu.
-- BERNAMA
#perdana menteri United Kingdom #penggodam #tipu undian #ancaman siber
;